Archive for August, 2016

fr Gudang – Bahasa Melayu Kertas 1 PMR 1993 LPKPM

Posted on: August 24th, 2016 by admin

Malay Language Paper 1 – PMR year 1993. Board of Examination, Ministry of Education, Malaysia

BAHASA MELAYU Kertas 1,  Satu jam tiga puluh minit

Soalan 1 hingga 7

Baca cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Kereta Proton Saga yang dipandu oleh ayah berhenti betul-betul di hadapan rumah datuk, ayah kepada emakku. Tidak ada seorang pun di muka tangga. Aku menjenguk dari tingkap kereta. Aku nampak nenek ada di belakang dapur, sedang memberi itik-itiknya makan. Nenek yang mendengar bunyi pintu kereta ditutup, menoleh dengan kehairanan.

“Nenek sombong, ya, tak kenai Syam lagi!” Aku bergurau sambil mendakap nenek. “Siapa yang kenai, Syam pakai kereta baru,” nenek juga bergurau.
“ltu bukan kereta Syam, itu kereta ayah,” kata aku lagi. “Yalah, yalah, nenek main-main saja,” jawab nenek.
Emak dan ayah yang sejak tadi tercegat memerhatikan telatahku dengan nenek, tersenyum sahaja. Selepas bersalaman dan bertanyakan khabar, nenek mempersilakan kami naik ke rumah.

Aku memohon kebenaran untuk berjumpa dengan datuk. Aku tabu tentu datuk berada di tempat biasa jika tidak hujan. Datuk tentu gembira apabila melihat aku datang. Aku juga tidak sabar-sabar lagi hendak berjumpa dengan Adi, ternan lamaku yang menggembala lembu di pinggir sawah. Kali ini, aku hendak tunjuk rekoder yang baru kubeli di bandar. Adi tentu suka. Kalau Adi sudah pandai tiup benda itu, aku akan beri padanya.

“Kalau Syam sudah beli benda itu, tentu Adi tak tiup batang padi lagi.” Begitulah kataku pada masa cuti penggal yang lalu.

“Tapi, bunyi serunai batang padi lebih nyaring,” kata Adi, seolah-olah tidak mahu seruna1 buatannya diperkecil-kecilkan.

“Tapi, kalau Adi pandai tiup rekoder dan pandai pula tiup serunai, kan bagus!” kataku.

Kami pun sama-sama ketawa. Kami duduk di bawah pohon ketapang. Adi meniup serunai batang padinya. Aku menyanyi sambil bertepuk tangan. Apabila lapar, kami buka bekalan lalu makan bersama-sama.

“Tuk!” sambil berlari, aku menjerit memanggil datukku yang sedang sibuk menghimpun buah kelapa di pinggir sawah. Datuk melepaskan tombak kelapa dan terus menunggu aku mendekatinya. Aku mendakap datuk, kemudian cepat-cepat aku melepaskan dakapan itu.

“Tuk, Syam nak ke sana. Tuk baliklah dulu, ayah dan emak sedang menunggu di rumah.” Aku segera melangkah meninggalkan datuk.

“Syam nak ke mana pula, tu?” jerit datuk.

“Syam nak jumpa Adi,” jawabku sambil melambai-lambaikan tangan pada datuk.

Aku sampai di bawah pohon ketapang dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku memerhati keadaan sekeliling. Tidak ada seorang pun di situ. Aku mengalihkan pandangan ke padang tempat lembu Adi meragut rumput. Lembu juga tidak ada. Apakah Adi sudah tukar padang ragut? Fikirku. Tapi mustahil, rumput di sini cukup subur. Dulu, Adi pernah kata, dia tidak akan pindahkan lembu-lembunya meragut di tempat lain. Lagipun, kami sudah berjanji akan datang ke sini, sehari selepas cuti sekolah bermula. Tapi, Adi tak nampak juga. Apakah Adi berbohong? Fikirku lagi….

1 Apakah tujuan Syam dan keluarganya balik ke kampung?

A Untuk menemui kawannya

B Untuk menunjukkan kereta baru mereka

C Untuk menziarahi datuk dan neneknya

D Untuk menghiburkan hati keluarga emaknya

2 Mengapakah Syam mengucapkan kata­ kata “Nenek sombong, ya, tak kenai Syam lagi!”?

A Untuk menyindir neneknya

B Untuk menimbulkan suasana kemesraan

C Untuk mengembalikan ingatan neneknya

D Untuk melepaskan perasaan yang terpendam

3 Syam ingin sangat berjumpa dengan Adi untuk

A menikmati keindahan sawah bersama- samanya

B bermain bersama-sama dengannya

C menyerahkan rekoder yang dibelinya

D menunaikan janji yang dibuatnya

4 Mengapakah Syam mengaaggap Adi berbohong?

A Kerana Adi tidak membawa lembunya ke tempat ragut biasa

B Kerana Adi tidak ada di bawah pohon ketapang

C Kerana Adi tidak mahu melihat rekodernya

D Kerana Adi tidak mahu meniup serunainya

5 Apakah hubungan antara Syam dengan Adi?

A Rakan sebaya

B Kawan sepersekolahan

C Cucu majikan dengan anak pekerja
D Anak saudara dengan bapa saudara

6 Yang berikut berkaitan dengan diri Adi melainkan

A berjiwa seni

B suka berdikari

C pandai menyesuaikan diri

D menghargai pemberian orang

7 Apakah yang dapat anda rumuskan daripada cerpen di atas?

A Hubungan kekeluargaan erat

B Keindahan kampung tetap dikenang

C Kegigihan membawa kejayaan

D Tanah di desa subur

Soalan 8 hingga 14

Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu bata Membancuhnya dengan titik peluh
-bangunan tinggi itu masih jua meminta
5 lalu diberikanlah nyawanya.

M erekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya
10 -segalanya untuk upah beberapa sen cuma.

Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan
hari demi hari berkumpul bersarang
di jantung dan paru-parunya
15 -jentera kilang itu masih jua meminta lalu kudunglah jarinya
lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya
segalanya untuk upah beberapa sen cuma

20 Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
tanah Iom bong yang selalu mengucapkan. simpati
menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam
25 -upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.

Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal
tikar buruk di sudut bangsal
tulang selangka dapat dibilang

30 Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri Menukar nama seorang menteri
Di matanya api di tangannya besi.

USMAN AWANG

8 Siapakah mereka dalam rangkap pertama?
A Pekerja kilang batu-bata B Pekerja bangunan tinggi C Pekerja kilang besi
D Pekerja binaan

9 Mengapakah mereka dalam rangkap kedua sanggup menyedut udara kotor?
A Untuk meneruskan kehidupan

B Untuk menyelamatkan nyawa orang rama1

C Untuk memajukan kawasan perindustrian
D Untuk menyahut seruan negara

10 Yang berikut berkaitan dengan rangkap keempat melainkan
A Majikan menzalimi pekerja
B Pekerja bergelumang dengan kotoran
C Pekerja bekerja dengan kuat

D Pendapatan setimpal dengan tenaga yang dicurahkan

11 Apakah yang cuba digambarkan oleh penyajak dalam rangkap kelima?
A Pekerja tinggal beramai-ramai
B Pekerja hidup dalam keadaan daif
C Pekerja kurang berupaya untuk bekerja

D Pekerja mempusakai pekerjaan keturunan mereka

12 Pekerja menganggap diri mereka penting sekarang kerana mereka
A mempunyai semangat yang waja
B mempunyai kedudukan yang tinggi
C dapat membangunkan negara
D boleh mengubah kedudukan menteri

13 Berikut merupakan akibat yang mungkin menimpa diri pekerja kilang, melainkan

A jiwa terkorban
B anggota tercedera
c pendapatan terjejas
D kesihatan terancam

14 Pada pendapat anda, mengapakah penyajak menulis sajak ini?

A Agar masyarakat mengutamakan kesihatan pekerja

B Agar masyarakat menghargai pengorbanan peke a

C Agar masyarakat manaikkan semangat pekerja

D Agar masyarakat membela nasib pekerja

Baca ucapan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Selamat petang dan selamat sejahtera. Yang dihormati puan pengerusi majlis, yang berusaha tuan pengetua dan ahli jawatankuasa PIBG sekolah, guru-guru dan para hadirin yang disayangi. Bersyukur kita kepada Tuhan yang telah menyihatkan kita dan memberi kelapangan waktu kepada kita untuk sama-sama hadir dan bertemu muka sekali lagi di majlis yang tidak sepertinya ini. Saya berasa amat gembira atas kehadiran ibu bapa hari ini yang begitu memberangsangkan. Walaupun begitu, saya berharap benar agar perjumpaan kita pada masa-masa akan datang akan mendapat sambutan yang lebih baik hendaknya.

Kita harus berbesar hati dengan pencapaian sekolah ini dalam peperiksaan SRP dan SPM yang agak memuaskan. Begitu juga kejayaan dalam bidang kokurikulum. Saya, bagi pihak ibu bapa, ingin menyampaikan rasa terima kasih kami atas usaha gigih guru-guru di sekolah ini, yang telah bekerja keras tanpa mengenal jemu demi kejayaan anak-anak kami. Namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan, saya berpendapat bahawa kejayaan yang dicapai tahun ini masih dapat dipertingkatkan.
Caranya ialah kita, ibu bapa patut turut memainkan peranan. Berilah sokongan apabila diminta .#………_
baik dari segi moral mahupun material. Umpamanya, dalam hal keceriaan, kita dapat menyumbangkan pasu bunga, pokok bunga atau cat, agar sekolah anak kita ini lebih indah dipandang mata di samping dapat menghidupkan suasana pembelajaran yang lebih selesa. Kita juga dapat membantu pihak sekolah dengan memberi buah fikiran, menyumbangkan tenaga dan wang ringgit agar sekolah ini menjadi tempat yang ideal bagi anak-anak kita menimba ilmu pengetahuan.

Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita hidupkan kembali semangat gotong-royong yang telah kita warisi daripada nenek moyang kita. Seperti yang kita sedia maklum, tradisi ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Sumbangan kita mungkin kecil tetapi sangat bermakna kepada anak-anak kita.

Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun untuk renungan kita bersama.

Hasrat hati hendak ke Tanjung, U ntuk bersua dengan sahabat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Sekian, terima kasih.

15 Mengapakah penyampai ucapan berkata, “Saya berharap benar agar perjumpaan kita pada masa-masa akan datang akan mendapat sambutan yang lebih baik hendaknya”?

A Keahlian persatuan belum menyeluruh kepada semua ibu bapa

B Kehadiran setiap ahli persatuan amat diperlukan dalam mesyuarat akan datang

C Kehadiran ahli persatuan pada hari itu belum mencapai tahap yang diharapkan

D Kehadiran ahli persatuan pada hari itu agak mengecewakan

16 Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa seperti yang disarankan oleh penyampai ucapan?

A Bersedia hadir dan memberikan bantuan kebendaan

B Bersedia memberi sumbangan dan perkhidmatan

C Menyokong projek yang dilaksanakan di sekolah

D Membantu PIBG menyelesaikan segala masalah

17 Mengapakah persekitaran sekolah perlu diperindah?

A Untuk menggalakkan kerjasama di kalangan ibu bapa

18 Apakah yang dimaksudkan dengan … tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan . .. ?

A Tahan lama

B Tetap disanjung

C Dikenang selalu

D Mudah diamalkan

19 Apakah maksud pantun dalam ucapan di atas?

A Kita perlu berpersatuan untuk mencapai kejayaan

B Kita perlu bergabung tenaga untuk mencapai kejayaan

C Kita perlu menggembleng kekuatan untuk berjaya

D Kita perlu sependapat dalam mesyuarat untuk berjaya

20 Apakah kesin1pulan yang dapat dibuat tentang perasaan penyampai ucapan?

A Bangga terhadap usaha guru

B Megah terhadap semangat gotong­
royong
C Gen1bira dapat menyampaikan ucapan

D Sukacita dapat memimpin PIBG

‘-‘

B Untuk memikat hati ibu bapa datang ke sekolah
c Untuk memupuk rasa cinta terhadap sekolah

D Untuk menimbulkan minat belajar kepada pelajar

Dalam petikan di bawah terdapat tempat-tempat kosong yang bernombor. Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat-tempat kosong berkenaan bagi menyempurnakan maksud petikan.

Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk

(2_1_) sumber basil para petani

patut mendapat

(22)

yang serius daripada semua pihak. Langkah ini bertujuan untuk

membolehkan para petani

(23)

kehidupan yang semakin mencabar. Oleh itu, mereka

haruslah menyambut

(l4_) ini demi kebaikan mereka dan

( 2_5_) yang akan datang.

21 A memajukan 24 A seruan
B membanyakkan B laungan
c membangunkan c pelawaan
D mempelbagaikan D panggilan

22 A perhatian 25 A golongan
B pengkajian B gerrerasi
c penelitian c anak-anak
D penjelasan D muda-mudi

23 A menongkah
B merempuh c mengalami D menempuh

Soalan 26 hingga 29

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat-tempat kosong berkenaan.

26 Cadangannya itu telah ditolak
tanpa dibincangkan terlebih dahulu.
A terang-terang

B bulat-bulat

C betul-betul

D hidup-hidup

27 Para pendidik seharusnya sentiasa memberi dorongan kepada pelajar-pelajar supaya mereka mencari ilmu demi
– kesejahteraan hidup mereka pada masa hadapan.
A beransur-ansur

B berlumba-lumba

C berhati-hati

D berpusu-pusu

Soalan 30 hingga 39

28 Dia mula dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi.
A berdikit-dikit B bersuka-suka C berjinak-jinak D berikut-ikut

29 Apabila kerja-kerja pembinaan projek perumahan di kawasan itu dimulakan, keadaan di situ telah menjadi —-­ dengan bunyi jentolak.
A haru-biru

B desas-desus
c hingar-bangar
D gembar-gembur

Araban: Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

30 Penduduk negeri itu mula menerima bekalan air paip 24 jam seperti biasa hari ini berikutan
A B
hujan lebat semenjak tiga hari yang lalu. Tiada kesalahan
C D

31 Jawatankuasa Penyelesaian Masalah Remaja akan bermesyuarat tidak beberapa lama lagi
A
untuk membincangkan tentang soal remaja berpeleseran di ibukota. Tiada kesalahan
B C D

32 Bila cuti perayaan bermula, kebanyakan pekerja
A B
Tiada kesalahan
D

membuat rancangan untuk berpergian.
c

33 Banjir kilat di bandar-bandar besar berpunca daripada sampah sarap yang dibuangkan
A B C
sembarangan oleh orang ramai. Tiada kesalahan
D

34 Kerajaan bersedia menghulur bantuan sewaJarnya kepada pertubuhan sukarela yang
A B
didapati bergiat cergas. Tiada kesalahan
C D

35 Perjanjian persefahaman antara kedua negara telah dimeterai semalam, bagi menamatkan
—-
A B c
perselisihan selama ini. Tiada kesalahan
D

36 Kami sekeluarga berpindah Juga ke bandar walaupun hati mereka masih di kampung.
A B C
Tiada kesalahan
D

37 Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa kebangsaan agar perkara yang diperkatakan
A B C
tidak menimbulkan salah fahan1. Tiada kesalahan
D

38 Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bilik-bilik lain
A
serta menyelamatkan harta benda yang tidak bernilai . Tiada kesalahan
B c D

39 Pelajar yang sentiasa berusaha itu telah menjadi pelajar yang
A B
bukan sahaja di sekolahnya malah di daerah itu. Tiada kesalahan
D

terpandai
c

sekali

Soalan 40 hingga 49

Araban: Sebahagian daiipada ayat-ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang digariskan itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

40 Setengah ibu bapa tidak mengambil berat pelajaran anak-anak mereka walhal perkara itu merupakan tanggungjawab mereka.

A Setengah-setengah ibu bapa tidak ambil berat

B Sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat

C Setengah ibu bapa tidak an1bil berat

D Setengah ibu bapa tidak mengambil berat

41 Pemandu itu menerangkan kepada pelawat­ pelawat bahawa rumah usang yang tersergam di tepi sungai itu mempunyai nilai-nilai sejarah.

A rumah usang tersergam

B bahawa rumah yang menyergam usang

C bahawa rumah yang tersergam usang

D bahawa rumah usang yang tersergam

42 Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan Desa Permai untuk tempat itu.

A menama tempat itu Desa Permai

B menamat tempat itu dengan Desa
Permai

C menamakan tempat itu Desa Permai

D menamakan Desa Permai untuk tempat itu

43 Buku tebal yang baru saya beli itu ada pada abang awak.

A berada dengan abang awak

B berada pada a bang awak C ada kepada abang awak D ada pada abang awak

44 Para hakim pertandingan pidato itu membuat pilihan dari segi kefasihan bertutur peserta-peserta.

A daripada segi fasih bertutur

B daripada segi kefasihan bertutur

C dari segi fasih bertutur

D dari segi kefasihan bertutur

45 Ibu bapa yang tidak puas hati dengan disiplin pelajar-pelajar telah menghantar surat kepada sekolah berkenaan.

A menghantarkan surat ke sekolah berkenaan

B menghantarkan surat di sekolah tersebut

C menghantar surat pada sekolah tersebut

D menghantar surat kepada sekolah berkenaan

46 Buku itu bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menonjolkan berbagai sifat terpuji seperti semangat tolong-menolong serta gigih yang harus dicontohi oleh pembaca.

A menonjol berbagai sifat yang terpuji

B menonjol berbagai-bagai sifat yang dipuji

48 Faedah ang diperolehi bila kita memahami lebih daripada satu bahasa amat besar.

A Faedah yang diperolehi apabila kita faham

B Faedah yang diperoleh apabila kita memahami

C Faedah yang diperoleh bila kita faham

C menonjolkan terpuji

berbagai-bagai sifat

D Faedah yang diperolehi bila kita memahami

D menonjolkan berbagai sifat terpuji

47 Beberapa pekerja-pekerja syarikat berkenaan memilih untuk belajar bahasa Jepun sebagai bahasa pilihan.

A Berapa pekerja berkenaan memilih syarikat itu

B • Berapa orang pekerja memilih syarikat berkenaan

C Beberapa orang pekerja syarikat berkenaan memilih

D Beberapa pekerja-pekerja syarikat berkenaan memilih

Soalan 50 hingga 54

49 Untuk bersaing dengan negara-negara maju, kita mungkin terpaksa mengambil masa yang lama.

A Bagi menyaing negara-negara maju

B Bagi persaingan dengan negara-negara maJu
C Untuk saingan negara-negara maju

D Untuk bersaing dengan negara-negara maJu

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

50 Golongan yang berada diminta memberikan bantuan kepada orang-orang miskin, lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim.

A Orang yang hidup mewah seharusnya berderma untuk kebajikan mereka yang miskin lagi yatim.

B Jutawan digesa menyumbangkan wang ringgit mereka untuk meringankan penderitaan mereka yang miskin dan yatim.

C Orang kaya telah dirayu agar menghulurkan derma kepada golongan yang miskin terutamanya anak-anak yatim.

D Pihak yang senang dapat mengurangkan bebanan orang-orang miskin dan anak-anak yatim.

51 Untuk mengatasi masalah hakisan pantai yang semakin meruncing, kerajaan negeri ito telah mengambil keputusan untuk menjalankan projek menambak kawasan tersebut.

A Untuk menjalankan projek menambak, kerajaan negeri telah mengambillangkah mengatasi masalah hakisan pantai.

B Kerajaan negeri itu telah mengambil daya usaha menjalankan projek menambak kawasan hakisan pantai yang bermasalah.

C Projek menambak yang diputuskan di negeri itu oleh kerajaan dilaksanakan untuk mengatasi masalah hakisan kawasan pantai yang semakin meruncing.

D Projek menambak dilaksanakan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah hakisan kawasan pantai yang semakin teruk di negeri itu.

52 Bagi memastikan percambahan yang baik serta pertumbuhan anak pokok yang sempurna, penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari.

A

B Pokok-pokok tanaman perlu disiram dua kali sehari supaya mudah tumbuh.

Penyiraman dua kali setiap hari perlu dilakukan supaya anak pokok dapat tumbuh dengan
–. baik dan sempurna.
C Untuk dapat tumbuh dengan baik dan sempurna, anak pokok mesti disiram tiap-tiap dua hari sekali.
D Kita mestilah pastikan bahawa anak pokok yang kita tanam mendapat air dua kali sehari supaya pokok itu membesar.

53 Kepemimpinan dinamik Pengurus Besar syarikat ito menyebabkan syarikat mendapat keuntungan yang banyak.

A Pengurus syarikat yang dinamik dalam kepimpinannya itu telah membawa laba yang banyak kepada syarikatnya.

B Kepemimpinan Pengurus Besar yang dinamik itu telah berjaya memperoleh banyak laba.

C Pengurus syarikat itu memimpin dengan dinamik dan berjaya mendapat banyak keuntungan yang besar.

D Kepemimpinan Pengurus Besar syarikat itu dinamik dan mendatangkan keuntungan yang besar kepadanya.

54 Jasanya kepada masyarakat setempat tidak dapat dinafikan lagi oleh sesiapa pun kerana beliau telah mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membiayai pembinaan rumah orang­ orang tua.

A Masyarakat tempatan akan tetap mengingatinya kerana beliau seoranglah yang telah mengorbankan harta untuk orang-orang tua.

B Penduduk di tempat itu tidak boleh menyangkal khidmat baktinya menggunakan hartanya untuk membantu orang-orang tua.

C Sumbangannya tidak dapat disangkal lagi atas kesanggupannya menggunakan hartanya untuk kebajikan orang-orang tua.

D Jasanya kepada orang-orang tua tidak dapat diabaikan kerana beliau telah berkorban harta untuk kepentingan mereka.

(Lihat sebelah

Soalan 55 hingga 60

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

55 I Kemunculan industri-industri baru bukan sahaja dapat menyerapkan gunatenaga buruh tempatan malah membawa negara 1m ke arah pertumbuhan ekonomi yang pesat.

II Kami tidak keberatan menenma undangan makan tengah hari jiran kami yang baru sahaja mendapat cahaya mata.

III Pada masa ini, dianggar ada lebih kurang 60,000 orang sahaja kaum itu yang masih tinggal melarat.

IV Ibu bapa itu mendidik anak-anaknya menjadi orang yang terpelajar pada masa depan.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

56 I Anak-anak yang diberi kebebasan sepenuhnya oleh ibu bapa mereka sering menyalahgunakan kebebasan itu.

II Oleh kerana mereka menumpukan perhatian yang lebih dalam bidang sukan sahaja.

III Para peniaga runcit dinasihatkan menytmpan cukup barang supaya bila dikehendaki tidak kehabisan.

IV Saya telah dibelikan pen oleh kakak saya sebagai hadiah kerana mendapat tempat pertama dalam ujian pertengahan tahun sekolah.

A I sahaja

B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja

57 I M utu permatnan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian kali m1 sungguh menghampakan.

II Harga barang di tempat-tempat perkelahan pada hujung mmggu sangat tinggi.

III Mereka sudah membeli segala keperluan untuk hari raya termasuk pakaian anak-anak mereka.

IV Jika ada kelapangan, datanglah rumah saya, boleh kita berbual-bual sambil mengulang kaji pelajaran bersama.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

58 I Banyak penduduk pekan itu menjaga kebersihan rumah mereka agar terhindar daripada sebarang penyakit.

II Rakan sebayanya yang nakal itu perlu mendapat perhatian yang lebih daripada semua pihak supaya dia dapat mengubah kapnya yang buruk itu.

III Jiran saya mempunyat sebuah pendapat yang dapat diketengahkan untuk kebaikan bersama.

IV Arahan itu telah dipanjanglebarkan kepada semua kakitangan di pejabat itu untuk tindakan selanjutnya. •

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

59 I Saya telah mengingatkan pelajar itu beberapa kali tentang kecuaiannya tetapi peringatan saya itu tidak diendahkannya.

II Pesakit itu terpaksa menjalankan pembedahan setelah didapati penyakitnya bertambah teruk.

III Semua kanak-kanak tidak dibenarkan bermain di tepi lombong itu kerana sangat berbahaya.

IV Perangkap yang dipasang oleh pemburu itu menangkap harimau garang yang sering mengganggu penduduk kampung.

A I dan III sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

60 I Setelah berfikir panjang dan membuat pertimbangan yang teliti tentang baik dan buruknya rancangan itu.

II Tiba-tiba hujan turun lebat sehingga saya tidak sempat angkat kain di ampaian.

III Budak itu pergi ke sekolah dengan berbekalkan air masak dan nasi lemak.

IV Golongan belia digalakkan berniaga secara usahasama bagi mengatasi masalah kekurangan modal.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT